Panduan Pengguna

Hanya Pemilik Syarikat sahaja dibenarkan untuk membuat Permohonan Bina Ladang Unggas, Permohonan Lesen Baru Unggas dan Permohonan Pembaharuan Lesen Unggas secara online bagi Negeri Pahang.

Pemohon perlu mendaftar Akaun Pengguna di sistem terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk membuat Permohonan.
 

Cara Mendaftar Akaun Pengguna adalah seperti berikut:

1.Klik pada butang Daftar Akaun Pengguna di Laman Utama atau klik terus di pautan ini: Daftar Akaun Pengguna.
2.Masukkan No. Kad Pengenalan Baru Pemilik Syarikat dengan betul.
3.Masukkan No. Pendaftaran Syarikat dengan betul.
4.Masukkan maklumat pengguna dan syarikat di ruangan yang telah disediakan seperti berikut:
   (a)Nama Penuh Pengguna
   (b)Emel Pengguna
   (c)No. Telefon (HP) Pengguna
   (d)Nama Syarikat
   (e)Negeri Syarikat
   (f)Parlimen Syarikat
   (g)DUN Syarikat
   (h)Daerah Syarikat
   (i)Mukim Syarikat
   (j)No.Telefon Syarikat
   (k)No.Faks Syarikat
   (l)Bentuk Perniagaan Syarikat
   (m)Emel Syarikat
   (n)Alamat Syarikat
   Nota: Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi.
5.Klik butang Hantar.
6.Setelah Berjaya Daftar, Pengguna perlu membuka emel untuk mengaktifkan Akaun Pengguna dan seterusnya Log Masuk ke dalam Sistem Unggas Pahang untuk membuat Permohonan Bina Ladang Unggas, Permohonan Lesen Baru Unggas dan Permohonan Pembaharuan Lesen Unggas.


 

Kembali ke Laman Utama